Nabil Kongsi Kisah Hidupnya Secara Ekslusif Dalam ‘Selebriti Podcast: Nabil Ahmad’ Di Aplikasi SYOK

Semua warga Malaysia boleh menikmati siri SYOK Podcast baharu, ‘Selebriti Podcast: Nabil Ahmad’, yang mengisahkan tentang perjalanan hidup dan pengalaman peribadi Nabil Ahmad, menempuh cabaran dan dugaan untuk mengukir nama dalam industri hiburan tanah air dan kisah penghijrahan yang dialaminya. Siri ‘Selebriti Podcast: Nabil Ahmad’ boleh distirm secara eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK. 

nabil kongsi kisah hidupnya secara ekslusif dalam ‘selebriti podcast: nabil ahmad’ di aplikasi syok

Dalam siri SYOK Podcast ini, Nabil Ahmad, selebriti tempatan terkenal, membawa peminat menyusuri kisah hidupnya sebelum dikenali ramai serta perjalanannya menjadi anak seni di dalam dunia pengacaraan, lakonan, dan pengarahan. 

 

Nabil juga akan menceritakan tentang kisahnya bersama keluarga dan perubahan ke arah kebaikan yang turut dikongsikan bersama peminat. 

 

“Saya amat teruja diberi peluang untuk merakamkan siri SYOK Podcast ‘Selebriti Podcast: Nabil Ahmad’ ini yang menceritakan tentang perjalanan kerjaya, kisah keluarga dan kehidupan saya. Saya berharap podcast ini memberi inspirasi agar dapat dijadikan teladan buat semua pendengar,” ujar Nabil.

 

Siri ‘Selebriti Podcast: Nabil Ahmad’ terdiri daripada enam episod yang dihoskan sepenuhnya oleh Nabil Ahmad. Episod pertama telah disiarkan di aplikasi dan laman web SYOK. Para peminat boleh menantikan episod selanjutnya setiap Rabu, 10 pagi pada minggu-minggu berikutnya.

 

Episod-episod ‘Selebriti Podcast: Nabil Ahmad’ merangkumi:

  1. Episod 1 : Mat Dispatch Bergelar Juara
  2. Episod 2 : Dah Biasa Dengan Rejection
  3. Episod 3 : Anak Anugerah Paling Best Dalam Hidup
  4. Episod 4 : Pagi Kerja Dispatch, Malam Kerja Kedai Burger
  5. Episod 5 : RM1 Yang Ubahkan Hidup Nabil
  6. Episod 6 : Kena Move On Dengan Hidup Ke Arah Lebih Baik
ARTIKEL BERKAITAN