Kisah Cinta Hanan & Nawal Kembali Dalam 'Setelah Terlafaznya Akad 2'

Astro Ria kembali membawa kisah percintaan antara Hanan dan Nawal dalam naskhah musim keduanya, iaitu ‘Setelah Terlafaznya Akad 2’.

kisah cinta hanan & nawal kembali dalam 'setelah terlafaznya akad 2'

Drama siri terbitan Juita Viden Sdn. Bhd ini memaparkan naratif perjalanan emosi sepasang suami isteri yang sering diketengahkan dalam isu rumah tangga dalam kalangan masyarakat seperti pergaduhan, penderaan, sikap dengki dan amalan sihir.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan rumah tangga Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Drama sensasi ini mengembalikan kombinasi romantik Kamal Adli sebagai Hanan dan Uqasha Senrose sebagai Nawal yang kini bergelar suami isteri.

‘Setelah Terlafaznya Akad 2’ merupakan arahan sutradara yang disegani ramai,

Michael Ang dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah, Adam Shah dan Zeera Azizi.

’Setelah Terlafaznya Akad 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 1 Jun 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

ARTIKEL BERKAITAN