“Dulu Takut, Sekarang Mama Ada Kat Situ Rasa Boleh Je Tidur Di Kubur” - Kilafairy

Rindu yang tiada penghujung, pelakon Kilafairy akui sudah terbiasa datang ke kawasan kubur selepas kematian ibu tersayang, Allahyarham Rohana Jalil dua tahun lalu.

 

“Dulu takut sangat pergi dan lalu kubur.

 

“Sekarang bila mama dah dekat situ, rasa boleh sahaja tidur di kawasan kubur,” katanya dalam Threads.

 

Melihat perkongsian tersebut, rata-rata peminat turut berkongsi pandangan sama dengan pelakon drama Realiti Cinta itu yang sangat merindukan insan tersayang.

 

Sumber: Kosmo