Enggan Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki, Kilafairy Tekad Istiqamah

Pelakon Kilafairy, mengatakan dia tidak pernah memikirkan tentang tawaran kerja yang mungkin akan berkurangan ketika mengambil keputusan untuk mengenakan hijab dua tahun lalu. Menurutnya, rezekinya malahan semakin mencurah-curah sejak itu.

enggan bersentuhan dengan pelakon lelaki, kilafairy tekad istiqamah

“Bila saya buat keputusan untuk bertudung, saya tidak terfikir kalau tawaran kerja saya akan berkurangan.

“Saya bertudung kerana Allah. Tetapi bila rezeki saya semakin murah, ia buat saya lebih bersemangat untuk kekal istiqamah. Perbuatan baik, Allah akan balas baik,” katanya kepada satu portal media tempatan baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata pelakon berusia 29 tahun itu, dia juga  tidak ketinggalan daripada melalui fasa-fasa yang menguji dirinya.

“Saya pun manusia biasa, berlawan dengan iman, ada masa turun dan naik. Sebab itu malas nak cerita lebih-lebih takut nanti tiba-tiba terhenti.

“Cuma saya boleh cakap saya dah buat sehabis baik. Saya rasa, cara saya mendapat hidayah itu membuatkan saya takut untuk membuka tudung,” katanya.

Tambah pelakon filem Karak itu, dia juga kini enggan bersentuhan dengan pelakon dalam drama.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN