Tiba-Tiba Digosip Bercinta, Khai Bahar Jelas Statusnya Bersama Hawa Rizwana

Baru-baru ini, kemunculan heroin baharu dalam muzik video single terbaharu Khai Bahar berjudul Oh Wanita telah mencuri perhatian ramai.

tiba-tiba digosip bercinta, khai bahar jelas statusnya bersama hawa rizwana

Tampil sebagai heroin dalam muzik video itu, Hawa Rizwana dilihat sangat selesa membawa wataknya bersama penyanyi ini, sehingga ada peminat yang menggosipkan mereka sedang bercinta.

tiba-tiba digosip bercinta, khai bahar jelas statusnya bersama hawa rizwana

Bagaimanapun menurut pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin, 28, beliau menganggap perkara itu sebagai satu gurauan dan perkara biasa kerana sudah faham ‘permainan’ netizen yang sering mengaitkan beliau menjalin cinta dengan wanita jelita.

 

"Kalau orang lain (penyanyi) pun, ada rakan duet. Termasuk, yang berlakon juga mesti ada netizen atau peminat yang nak 'kenen-kenen' sebab nampak serasi dan mereka (netizen atau peminat) jadi suka.

"Untuk saya, jika nak 'kenen-kenen' dan macam gurau-gurauan itu, okay saja. Tapi, jangan sampai terlalu seriuslah," katanya.

tiba-tiba digosip bercinta, khai bahar jelas statusnya bersama hawa rizwana

Muzik video daripada lagu ciptaan penuh oleh Harry Khalifah ini juga sedang trending di Youtube dengan pelbagai komen dan reaksi berbeza dari netizen.

Sebelum ini, Khai Bahar pernah juga dikenenkan dengan rakan penyanyi seperti Siti Nordiana dan Aina Abdul yang dilihat amat serasi bersama. Bagaimanapun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

 

Sumber: HMetro