‘Banyak Kesilapan Dalam Nyanyian Punca Saya Tersingkir’- Haida Hasnan

Bintang Gegarvaganza 9, Haida Hasnan akui banyak kesilapan cara nyanyian menjadi punca dia tersingkir di minggu ketiga.

Katanya, lagu Nang ini tidak ‘blend’dengan lirik dan tak seiring dengan muzik.

“Ada satu baris lirik itu, saya nyanyi tak tepat sehingga saya tak cukup nafas.

‘banyak kesilapan dalam nyanyian punca saya tersingkir’- haida hasnan

“Selain itu, saya masih lagi gugup di atas pentas menyebabkan fokus nyanyian saya tidak teratur.

“Latihan bersama pemuzik juga tidak mencukupi disebabkan ramai lagi peserta lain memerlukan mereka untuk berlatih.

“Apa-apa pun, saya terima keputusan ini kerana rezeki saya hanya sampai di minggu ketiga,” ujarnya kepada portal SYOK.

Dalam pada itu, Haida beri jaminan akan teruskan karier sebagai seorang penyanyi dan memenuhi mana-mana undangan.

“Inshaa Allah saya akan teruskan menyanyi, dan juga merancang untuk tampil dengan lagu baru demi permintaan ramai.

“Namun perancangan tersebut masih bergantung dengan pihak yang terlibat terutama dari segi pemasaran lagu,” jelasnya.

Bintang Gegarvaganza kini tinggal 11 peserta untuk ke minggu seterusnya.

Minggu keempat, mereka akan menyanyi lagu-lagu berunsur ketuhanan dengan tema ‘Aman Di Mata Damai Di Hati’

Saksikan Gegarvaganza 9 setiap hari Ahad jam 9 malam yang disiarkan di Astro Ria dan Ria HD serta Astro Go.

 

Oleh: Syahdeen