COVID-19: Syukur, Kes Sembuh Kini Kembali Melepasi 90 Peratus

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes sembuh keseluruhan setakat 26 Feb kini kembali melepasi 90 peratus, berbanding dengan jumlah keseluruhan.

covid-19: syukur, kes sembuh kini kembali melepasi 90 peratus
 
Peratusan itu kali terakhir dicapai 5 bulan lalu iaitu pada 27 September 2020, dimana peratusan angka sembuh terendah pernah dicatatkan pada 17 Oktober 2020 iaitu sebanyak 64 peratus.


 
Menurut KKM, bilangan kes sembuh keseluruhan kini adalah sebanyak 266,846 kes, termasuk 3,085 lagi sembuh pada 26 Feb. Perincian kes setakat jam 12 tengahari, 26 Feb adalah seperti yang berikut:
  • Kes sembuh=3,085
  • Jumlah kes sembuh=266,846 kes
  • Kes baharu positif=2,253 kes (2,246 tempatan, 7 import)
  • Jumlah positif=295,951
  • Kes kematian=11
  • Jumlah kes kematian=1,111 kes
  • Kes dirawat di ICU=201 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan=93
 
Angka kes baharu mengikut negeri di Malaysia pula seperti tertera:

covid-19: syukur, kes sembuh kini kembali melepasi 90 peratus

 
Sumber: KKM