Kes Positif Kembali Empat Angka, 6 Kluster Tamat

kes positif kembali empat angka, 6 kluster tamat

Nampaknya, kes positif COVID-19 kembali kepada empat angka semalam dengan 1,290 kes positif baharu. Daripada jumlah itu, 1285 merupakan kes tempatan dan 5 merupakan kes import. Secara keseluruhannya sudah terdapat 51,680 kes di Malaysia.

Untuk jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 878 kes. Setakat semalam, sudah 38,132 kes telah diselesaikan.

Semalam juga merekodkan empat lagi kes kematian kerana COVID-19. Jadi, Malaysia sudah mencatatkan 326 kes kematian.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 6 kluster telah tamat semalam. Antaranya ialah Umboo di Melaka, Khazanah di Sabah, ah Bangat di WP Labuan, Bah Kastrui di beberapa tempat, Bah Mutiara dan Jalan Pantai.

Sumber: Instagram KKM