Kes Positif COVID-19 Baharu Terus Melebihi 2,000 Kes

kes positif covid-19  baharu terus melebihi 2,000 kes

Sekali lagi, kes positif COVID-19 telah melebihi angka 2,000. Untuk 22 Disember,  KKM telah melaporkan penambahan kes positif baharu sebanyak 2,062 kes. Daripada jumlah itu 2,058 daripadanya merupakan kes tempatan dan empat kes import.

Untuk kes sembuh pula, KKM telah menyelesaikan 911 kes. Ini menjadikan kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 79,304 kes.

Selain itu, angka kematian meningkat sebanyak satu kes. Secara kumulatifnya, kes kematian akibat pandemik ini adalah sebanyak 439 kes.

Selangor mencatatkan penambahan yang amat tinggi dengan 1,014 kes diikuti Kuala Lumpur (504) dan Sabah (252). Tiga negeri iaitu Perlis, Terengganu dan Sarawak pula tidak melaporkan sebarang kes positif baharu.

Sumber: KKM

ARTIKEL BERKAITAN