Statistik harian COVID-19 untuk 18 Disember menyaksikan penambahan kes positif sebanyak 1,683 kes. Jumlah tersebut menjadikan angka keseluruhan mencapai 90,816 kes. Daripada jumlah itu, 1,675 daripadanya merupakan kes tempatan dan 8 kes import.
Selain itu, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,214 kes. Secara keseluruhannya, kes sembuh telah mencapai 75,244 kes.
Setakat semalam juga, 106 kes ditempatkan di dalam ICU dan 51 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan.
Bagaimanapun, jumlah kes kematian kekal pada 432 apabila tiada kematian dilaporkan.
Sumber: Instagram KKM