Kes Omicron Makin Meningkat Tapi Pesakit Kategori 4 dan 5 Kurang

Sejak akhir-akhir ini kes jangkitan COVID-19 varian Omicron didapati semakin meningkat dalam negara dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori empat dan lima ke hospital.

kes omicron makin meningkat tapi pesakit kategori 4 dan 5 kurang

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter rasminya baru-baru ini.

 

Menurut beliau lagi, kes kematian juga didapati berkurangan berbanding dengan varian Delta sebelum ini.

 

“Peningkatan kes varian Omicron COVID-19 mula dilihat dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori empat dan lima ke hospital serta kurang kes kematian berbanding dengan varian Delta dulu,” katanya.

 

Tambah beliau lagi, dos penggalak terbukti berkesan bagi membantu mengurangkan kes kritikal dan kematian melibatkan pesakit COVID-19.

kes omicron makin meningkat tapi pesakit kategori 4 dan 5 kurang

Sumber: [1]