Ikut trend kebelakangan ni kes COVID-19 kat Kelantan memang naik.
Semalam ada 17 kes baru dan 60 pesakit sedang dirawat. Ni turut melibatkan 2 kluster iaitu Kluster Kube dan Kluster Mengketil. Sebab tu jugaklah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sekali lagi nasihatkan penduduk elak kawasan sesak dan sempit. Jugak tolong elak borak atau sembang dekat-dekat. Bagilah ada jarak sikit. Paling kurang 1 meter… OK?
Sekarang ni jugak ada yang dah mula bercakap pasal mungkin atau perlu buat PKPB kat Kelantan. Yelah risau kan…daripada naik mencanak-canak lebih baik cantas awal-awal.
Lepas tu timbullah sekarang debat kat media sosial khasnya dalam kalangan ore Klate patut ke tak buat PKPB? Soalan sama jugak ditanya EXCO Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin kat Facebook beliau. Ramai yang bagi pendapat dan reaksi. Ada yang sokong ada jugak yang bantah. Semua pilihan tak mudah. Nak seimbangkan tuntutan kesihatan dan ekonomi rakyat memang payoh.
Bagi KJ kalau memang perlu PKPB, buatlah… Kalau tak perlu, tu pun satu kelegaan dan kita kena lebih patuh peraturan dan SOP supaya cepat sikit Kelantan dan Malaysia capai sifar kes COVID-19 baru…atau paling kurang buat masa ni kembali ke 1 digit.
Oleh: KJ
Sumber & foto: AWANI, Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo & internet