Jumlah Keseluruhan Jangkitan COVID-19 Di Malaysia Makin Hampir 1 Juta

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 15,902 lagi kes positif COVID-19 di Malaysia pada 24 Julai 2021, menjadikan jumlah kumulatif kes kini sebanyak 996,393 kes.

jumlah keseluruhan jangkitan covid-19 di malaysia makin hampir 1 juta

Jumlah yang menghampiri satu juta kes itu adalah selepas lebih setahun negara berperang dengan pandemik COVID-19, hingga menyaksikan banyak nyawa yang terkorban.

 

Sehingga 24 Julai 2021, terdapat 7,902 kes kumulatif kematian direkodkan dengan 184 kes kematian baharu, yang mana melibatkan 87 kes di Selangor, 17 kes di Kedah, 16 kes di Pahang, 15 kes di Negeri Sembilan, 13 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 10 kes di Johor, lapan (8) kes di Sabah, tujuh (7) kes di Melaka, enam (6) kes di Pulau Pinang, tiga (3) kes di Terengganu dan dua (2) kes di Sarawak. Perincian lain status COVID-19 setakat 24 Julai adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh : 9,471 kes (834,858 kes kumulatif, 83.8%);
  • Kes baharu : 15,902 kes (996,393 kes kumulatif);
  • Kes import : 26 kes; (7 warganegara, 19 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,876 kes; [12,842 warganegara (80.9%);  3,034 bukan warganegara (19.1%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 950 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 468 kes;
  • Kes kematian : 184 kes (7,902 kes kumulatif, 0.79%, 157 warganegara, 27 bukan warganegara);)
  • Jumlah kluster : 3,418 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 27 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,442 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 976 kluster.

 

Tambah KKM lagi, daripada 15,902 kes harian yang dilaporkan itu, sebanyak 260 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 129 kes (0.8 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 127 kes (0.8 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 6,901 kes (43.4 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 8,485 kes (53.4 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). 

jumlah keseluruhan jangkitan covid-19 di malaysia makin hampir 1 juta

Sumber: KKM