135 Kes Maut, Kematian Harian Tertinggi Di Malaysia

Dukacita dimaklumkan bahawa sebanyak 135 lagi kes kematian dicatatkan pada 8 Julai 2021, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat COVID-19 kini sebanyak 5,903 kes.

 

Bilangan itu juga merupakan kes kematian harian tertinggi sejak pandemik melanda negara Malaysia. Daripada 135 kes kematian ini, 63 kes di Selangor, 24 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Johor, masing-masing lapan (8) kes di Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing empat (4) kes di Sarawak dan Kelantan, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Pahang, dan Perak, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, serta masing-masing satu (1) kes di Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

135 kes maut, kematian harian tertinggi di malaysia

Berikut pula perincian status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 5,802 kes (725,480 kes kumulatif, 89.7%);
  • Kes baharu : 8,868 kes (808,658 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (5 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 8,858 kes [6,867 warganegara (77.5%); 1,991 bukan warganegara (22.5%)];
  • Kes aktif : 77,275 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 952 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes;
  • Kes kematian : 135 kes (5,903 kes kumulatif, 0.73%; 119 warganegara, 16 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,999 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 29 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,144 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 855 kluster.

Untuk rekod, negeri Selangor telah menyumbang sebanyak 42.02 peratus daripada 47,811 kes bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021 berbanding hanya 38.33 peratus daripada 40,973 kes bagi tempoh 24 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021. Manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang sebanyak 13.01 peratus pada tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021 berbanding 12.29 peratus bagi tempoh 24 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021.

 

Sumber: KKM