Kes Jangkitan COVID-19 Dalam Kalangan Ibu Hamil Makin Meningkat Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan wujudnya peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan ibu hamil di Malaysia sejak Mac 2020 hingga Jun 2021.

 

Menurut KKM, terdapat 3,396 kes COVID-19 dalam kalangan ibu hamil di Malaysia pada tempoh tersebut, dengan jumlah kes yang dilaporkan semakin meningkat bermula Oktober 2020.

 

Secara purata, terdapat 200 kes jangkitan sebulan di mana lonjakan kes dapat dilihat pada Mei 2021 (sebanyak 850 kes) dan Jun 2021 (sebanyak 899 kes). Tren peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan ibu hamil adalah sejajar dengan peningkatan jumlah kes COVID-19 di Malaysia secara keseluruhan.

kes jangkitan covid-19 dalam kalangan ibu hamil makin meningkat di malaysia

Tambah lagi, sehingga 9 Ogos 2021, terdapat sebanyak 70 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan COVID-19 telah dilaporkan berbanding tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan pada tahun 2020.

 

Jadual berikut menunjukkan bilangan dan peratus pesakit ibu hamil COVID-19 yang sedang menerima rawatan rapi di hospital mengikut kepada tarikh tertera.

kes jangkitan covid-19 dalam kalangan ibu hamil makin meningkat di malaysia

Justeru, langkah-langkah pencegahan amat penting khasnya kepada golongan ibu hamil yang tergolong dalam kumpula berisiko, bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti COVID-19.

 

Sumber: KKM