6,075 Kes Harian, Selangor Sahaja Catat Lebih 2 Ribu Kes Baru Positif

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 6,075 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan pada 19 Mei 2021.

 

Daripada jumlah itu, 2,251 kes daripadanya adalah dari negeri Selangor, yang mana dikesan hasil pengesanan kontak rapat oleh KKM dan juga ujian pengesanan secara besar-besaran yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

6,075 kes harian, selangor sahaja catat lebih 2 ribu kes baru positif

Peningkatan kes sebanyak 24.9% ini adalah bilangan angka tertinggi yang pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara

6,075 kes harian, selangor sahaja catat lebih 2 ribu kes baru positif

Kes positif harian tertinggi sebelum ini direkodkan pada 31 Januari 2021 iaitu sebanyak 5,728 kes.

 

KKM sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk terus berada di rumah dan jangan keluar jika tiada keperluan. Jaga keselamatan dan kebersihan diri serta keluarga daripada ancaman wabak COVID-19.

 

Sumber: KKM