Hanya Labuan & Putrajaya Catat Kadar Kebolehjangkitan Bawah 1.0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan semua negeri di Malaysia kini mencatatkan nilai kadar kebolehjangkitan RT melebihi 1.0, kecuali Labuan dan juga Putrajaya.

hanya labuan & putrajaya catat kadar kebolehjangkitan bawah 1.0

Berdasarkan data terkini pada 13 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.05. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.41) diikuti oleh Sabah, Kelantan, dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.18), serta Sarawak (nilai RT 1.15).

hanya labuan & putrajaya catat kadar kebolehjangkitan bawah 1.0

Dalam perkembangan sama, terdapat 20,670 kes harian yang dilaporkan pada 14 Ogos 2021, dimana sebanyak 676 kes (3.3 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,994 kes (96.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Secara keseluruhan, hanya 2,646 kes (12.8 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini telah lengkap di vaksinasi (iaitu dua minggu selepas mendapat dos kedua).

 

Berikut adalah  status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,655 kes (1,128,183 kes kumulatif, 81.5%);
  • Kes baharu : 20,670 kes (1,384,353 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (6 warganegara, 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 20,662 kes [17,179 warganegara (83.1%);  3,483 bukan warganegara (16.9%)];
  • Kes aktif : 243,942 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,096 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 540 kes;
  • Kes kematian : 260 kes [12,228 kes kumulatif, 0.88%; 195 warganegara, 65 bukan warganegara; 68 kes BID (37 warganegara; 29 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,154 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,846 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,308 kluster.

 

Sebanyak 260 kes kematian yang dicatatkan adalah melibatkan 77 kes di Selangor, 56 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 50 kes di Johor, 18 kes di Perak, 16 kes di Negeri Sembilan, 14 kes di Kedah, 10 kes di Sabah, lapan (8) kes di Melaka, lima (5) kes di Terengganu, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Pahang.

 

Sumber: KKM