360 Lagi Kes Kematian Akibat COVID-19, 221 Kes Di Selangor

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 360 kes kematian telah dicatatkan di Malaysia pada 8 Ogos 2021, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 10,749 kes.

 

Daripada jumlah itu, sebanyak 221 kes dicatatkan di Selangor, diikuti 41 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 20 kes di Melaka, 17 kes di Perak, 15 kes di Pulau Pinang, 14 kes di Johor, tujuh (7) kes di Kedah, masing-masing enam (6) kes di Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing lima (5) kes di Sabah dan Terengganu, dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Putrajaya, serta satu (1) kes di Kelantan.

360 lagi kes kematian akibat covid-19, 221 kes di selangor

Daripada 18,688 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 401 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 18,287 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Secara keseluruhan, hanya 4,460 kes (23.9 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19.

 

Berikut pula adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 8 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 17,055 kes (1,026,398 kes kumulatif, 81.3%);
  • Kes baharu : 18,688 kes (1,262,540 kes kumulatif);
  • Kes import : 10 kes (5 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 18,678 kes [15,755 warganegara (84.4%);  2,923 bukan warganegara (15.6%)];
  • Kes aktif : 225,393 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,095 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 571 kes;
  • Kes kematian : 360 kes [10,749 kes kumulatif, 0.85%; 296 warganegara, 64 bukan warganegara; 85 kes BID (56 warganegara; 29 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 3,938 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 39 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,725 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,213 kluster.

360 lagi kes kematian akibat covid-19, 221 kes di selangor

Tambah KKM lagi, berdasarkan data terkini pada 7 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.47) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.25), serta Sabah (nilai RT 1.18) dan Pulau Pinang (nilai RT 1.18). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Sumber: KKM