257 Lagi Kes Kematian Akibat COVID-19, Jumlah Kini 9,855 Mangsa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 257 lagi kes kematian dicatatkan pada 4 Ogos 2021, menjadikan jumlah kes maut akibat COVID-19 kini sebanyak 9,855 kes.

257 lagi kes kematian akibat covid-19, jumlah kini 9,855 mangsa

Daripada 257 kes kematian itu, sebanyak 91 kes adalah di Selangor, 74 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 25 kes di Johor, 24 kes di Melaka, masing-masing sembilan (9) kes di Negeri Sembilan dan Perak, lapan (8) kes di Kedah, enam (6) kes di Sabah, empat (4) kes di Terengganu, masing-masing tiga (3) kes di Pulai Pinang dan Kelantan, serta satu (1) kes di Pahang.

257 lagi kes kematian akibat covid-19, jumlah kini 9,855 mangsa

Dalam perkembangan sama, Malaysia sekali lagi mencatatkan bilangan kes harian tertinggi pada Rabu iaitu 19,819 kes, dimana  375 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,444 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Pertambahan kes baharu ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 1,183,110 kes.

 

Berikut adalah status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 4 Ogos 2021:

  • Kes sembuh : 12,704 kes (962,733 kes kumulatif, 81.4%);
  • Kes baharu : 19,819 kes (1,183,110 kes kumulatif);
  • Kes import : 23 kes (9 warganegara, 14 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 19,796 kes [16,770 warganegara (84.7%);  3,026 bukan warganegara (15.3%)];
  • Kes aktif : 210,522 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,069 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 553 kes;
  • Kes kematian : 257 kes (9,855 kes kumulatif, 0.83%; 226 warganegara, 31 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,796 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 35 kluster
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,635 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,161 kluster.

 

Berdasarkan data terkini pada 3 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.27), dan Perak (nilai RT 1.24). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Sumber: KKM