19,807 Kes Baru, 232 Kematian Akibat COVID-19 Pada Ahad

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 19,807 lagi kes baru positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

19,807 kes baru, 232 kematian akibat covid-19 pada ahad

Penurunan angka berbanding hari sebelumnya iaitu pada 21 Ogos sebanyak 22,262 kes jangkitan, telah menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes di Malaysia kini sebanyak 1,555,093 kes.

 

Daripada jumlah itu, Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes). Tambah lagi, sebanyak 343 kes (1.7 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 19,464 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Sebanyak 16,368 kes (82.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

 

Negara turut mencatatkan 232 kes kematian, yang mana ia melibatkan 94 kes di Selangor, 64 kes di Johor, 16 kes di Sabah, 15 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Kedah, sembilan (9) kes di Kelantan, lapan (8) kes di Pulau Pinang, lima (5) kes di Perak, masing-masing tiga (3) kes di Melaka dan Negeri Sembilan, dua (2) kes di Terengganu, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak dan Pahang.

 

Dalam pada itu juga, jumlah kes sembuh dicatatkan adalah sebanyak 18,200 dengan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,278,670 kes.

 

Sumber: KKM