COVID-19: 7,654 Kes Baharu, 103 Kematian Pada 6 Julai

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 6 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,797 kes (714,815 kes kumulatif, 90.2%);
  • Kes baharu : 7,654 kes (792,693 kes kumulatif);
  • Kes import : 11 kes (5 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,643 kes [5,486 warganegara (71.8%); 2,157 bukan warganegara (28.2%)];
  • Kes aktif : 72,201 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 943 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 450 kes;
  • Kes kematian : 103 kes (5,677 kes kumulatif, 0.72%; 94 warganegara, 9 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,952 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,100 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 852 kluster.

 

Sebanyak 103 kes kematian pada 6 Julai 2021, yang melibatkan 43 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 12 kes di Negeri Sembilan, sembilan (9) kes di Johor, enam (6) kes di Kelantan, empat (4) kes di Pahang, tiga (3) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sarawak dan Kedah, sertamasing-masing satu (1) kes di Sabah, Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang.

covid-19: 7,643 kes baharu, 103 kematian pada 6 julai

Tambah lagi, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Pahang (nilai RT 1.24). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.17), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.10), Selangor (1.09), Melaka (nilai RT 1.08), Kedah (nilai RT 1.06), Pulau Pinang (1.05), dan Sabah (nilai RT 1.04).

 

Sumber: KKM

ARTIKEL BERKAITAN