Kes Baru COVID-19 Cecah Lebih 8 Ribu, Selangor Sumbang Angka Tertinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah kes baharu positif COVID-19 di Malaysia pada 8 Julai mencecah lebih 8,000 kes.

kes baru covid-19 cecah lebih 8 ribu, selangor sumbang angka tertinggi

Pada 8 Julai 2020 setakat jam 12 tengah hari, sebanyak 8,868 kes baharu dicatatkan, yang setakat ini kedua tertinggi selepas negara pernah mencatatkan 9,020 kes baharu pada 29 Mei lalu.

 

Menurut rekod, ini adalah kali ketiga negara mencatatkan bilangan kes positif melebihi 8,000 kes, selepas 8,290 kes pada 28 Mei dan 8,209 pada 3 Jun yang lepas. Perincian kes harian COVID-19 tertinggi melebihi 5,000 kes adalah seperti berikut:

kes baru covid-19 cecah lebih 8 ribu, selangor sumbang angka tertinggi

Daripada 8,868 kes baharu ini, Selangor menyumbang angka tertinggi iaitu sebanyak 4,152 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,133 kes), Negeri Sembilan (897 kes) dan Johor (336 kes).

kes baru covid-19 cecah lebih 8 ribu, selangor sumbang angka tertinggi

Sehingga 8 Julai 2021, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia juga telah melonjak kepada 808,658 kes.

 

Sumber: KKM