Kes Aktif COVID-19 Meningkat Selepas Aktiviti Rentas Negeri

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata trend penurunan purata kes aktif yang dahulunya konsisten selama 10 minggu, kini menunjukkan peningkatan semula selepas lima minggu kebenaran rentas negeri diumumkan.

kes aktif covid-19 meningkat selepas aktiviti rentas negeri

Menurut beliau, kesan peningkatan kes baharu dan kes aktif selama dua minggu berturut-turut ini dapat dilihat melalui kemasukan kes ke fasiliti kesihatan terutamanya bagi pesakit kategori tiga hingga lima.

 

“Bagaimanapun, keberkesanan vaksin COVID-19 dalam mengurangkan kematian terus dapat dilihat dengan secara keseluruhannya terdapat penurunan kes kematian, kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Berdasarkan analisis situasi semasa jangkitan COVID-19 sehingga 20 November Minggu Epidemiologi (ME) ke-46, sebanyak 2,581,747 kes kumulatif COVID-19 telah dilaporkan dengan 69,485 kes aktif dan 29,978 kes kumulatif kematian.

“Kebanyakan indikator utama jangkitan Covid-19 menunjukkan trend penurunan kecuali purata kes aktif yang meningkat enam peratus berbanding ME ke-45,” katanya.

kes aktif covid-19 meningkat selepas aktiviti rentas negeri

Menurut beliau, purata kes aktif meningkat sebanyak 6 peratus sepanjang 14 hingga 20 November, manakala kematian pula konsisten menunjukkan penurunan 7.5 peratus pada tempoh berkenaan.

 

Sehingga kini, terdapat kumulatif 5,878 kluster dilaporkan dan hanya 240 kluster masih aktif.

 

Sumber: [1], [2]