Jaminan Tiada Lagi PKP Pada Hari Raya Tahun Ini

Tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan balik kampung sempena Tahun Baharu Cina dan juga Aidilfitri tahun ini.

jaminan tiada lagi pkp pada hari raya tahun ini

Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika ada peningkatan kes COVID-19 di sesebuah kawasan, hanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan terbabit sahaja akan dilaksanakan.

 

"Sudah ada orang yang buat spekulasi macam-macam, termasuk kononnya tak boleh balik raya kerana kes meningkat semula sejak beberapa hari lepas, namun jangan bimbang, kita tidak akan tutup lagi seluruh negara, atau negeri atau daerah kerana jaminan sudah diberikan.

"Pergerakan rakyat juga seperti biasa, tetapi kita akan memfokus kepada kawasan sasaran yang banyak berlaku penularan kerana kita ada PKPD.

"Jika kampung itu yang dikenakan PKPD, maka mereka dari kampung itu sahaja yang tidak boleh pulang," katanya.

 

Setakat 23 Januari 2022, Malaysia kembali merekodkan kes harian COVID-19 di bawah angka 4,000, iaitu sebanyak 3,856 kes positif.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN