Kerajaan Dah Tak Main-Main, 312 Individu Telah Dituduh Di Mahkamah

kerajaan dah tak main-main, 312 individu telah dituduh di mahkamah

Pihak kerajaan akan terus bersikap tegas kepada seluruh rakyat tanpa sebarang kompromi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyatakan bahawa terdapat 11,017 individu yang telah ditahan sepanjang PKP dilaksanakan.  

"Sebanyak 56,052 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,364 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap 1,315 individu kerana ingkar PKP, dengan  1,226 individu direman dan 89 individu dijamin polis”

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa 313 indivitu telah pun dibawa ke mahkamah bagi menjalankan proses penuduhan akibat mengingkari PKP.

Tak ke sia-sia kalau korang dapat status penjenayah hanya disebabkan ingkar arahan PKP? Lagipun, arahan pihak kerajaan ni simple je. Duduk di dalam rumah.

Sumber: Astro Awani

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN