“Kita Tak Boleh Jadi Pasangan Lagi,” Kapsyen Sharifah Sakinah Undang Tanda Tanya

Pelakon, Sharifah Sakinah baru-baru ini telah berkongsi foto di Instagram seolah-olah memberi bayangan bahawa rumah tangganya sudah berakhir.

“kita tak boleh jadi pasangan lagi,” kapsyen sharifah sakinah undang tanda tanya

Melihat kepada status yang ditulis pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakal Al-Khaired, 33, beliau dan juga suaminya, Michael Hensen mempunyai pandangan dan kepercayaan berbeza, menyebabkan mereka tidak boleh menjadi pasangan lagi.

 

“Kami berbeza pendapat, kepercayaan, perspektif dan ideologi, sebab itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat,” ujarnya.

 

 

Hantaran itu bagaimanapun telah ditutup ruangan komen, menyebabkan netizen mula berspekulasi dengan pelbagai pendapat mereka sendiri.

 

 

 

 

Terdahulu, Michael, 42, dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri sekitar Februari lalu selepas mengenali hati budi masing-masing sejak 2020.

 

Sumber: Instagram