Kenangan Bersejarah Genap Setahun PKP

Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dilaksanakan di negara ini.

Agak-agak korang ingat tak, apa yang korang buat sehari sebelum kita diarahkan duduk di rumah dan tak boleh keluar dengan bebas, 18 Mac tahun lepas?

kenangan bersejarah genap setahun pkp
Siapa sangka sejak daripada tu kehidupan kita berubah sama sekali, tak boleh pergi kerja, anak-anak pun tak ke sekolah, nak beli barang dapur pun boleh pergi kedai dekat-dekat rumah je selama lebih 3 bulan.

Bulan puasa dan sambutan Aidilfitri pun amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

kenangan bersejarah genap setahun pkp

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mohd Hazizi Mohd Hasani berkongsi pengalamannya sebagai frontliner di Pejabat Kesihatan Daerah Seremban yang berdepan dengan pesakit Covid-19 setiap hari.

kenangan bersejarah genap setahun pkp
Antara kes yang dikendalikan adalah menguruskan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China.

Seterusnya adalah menguruskan Kluster Sri Petaling, ada antara petugas kesihatan sendiri yang dijangkiti wabak itu dan terpaksa berdepan dengan ratusan pesakit COVID-19 sehari!

Penat, terpaksa bekerja hingga larut malam, semua cabaran tu kena tolak tepi demi mengawal penularan Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

kenangan bersejarah genap setahun pkp
Apa yang mendorong frontliners untuk terus berkhidmat adalah semangat juang yang tinggi termasuk sumbangan dan sokongan moral daripada masyarakat.

Selain frontliners, mahasiswa pun antara yang terjejas ketika pelaksanaan PKP.

Kata Timbalan Presiden Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan, Afiq Fahmi Bin Masnawi antara cabaran yang dihadapi adalah pembelajaran secara online.

kenangan bersejarah genap setahun pkp
Bayangkan setiap hari dah biasa pegi kelas secara bersemuka, tapi tiba-tiba semuanya bertukar kepada kelas online je.

Bukan semua pelajar ada kemudahan internet yang baik dan bukan semua mampu untuk membelinya.

Tapi usaha untuk tambah baik kemudahan internet katanya dilakukan dari semasa ke semasa oleh pihak universiti dan kerajaan.

Walau apa pun yang dihadapi sepanjang PKP, pasti ada hikmah di sebaliknya.

kenangan bersejarah genap setahun pkp

Percayalah, kita mampu untuk untuk lawan virus Covid-19 ni bersama- sama!

Diharapkan dengan adanya vaksin Covid-19 sekarang ni, lagi cepat kita dapat tamatkan PKP.

Paling penting, #kitajagakita #lindungdirilindungsemua


Oleh: Izzati Amir