Cubaan Rentas Negeri, Suami Isteri Dikompaun RM10,000 Tak Lengkap Vaksin

Sepasang suami isteri dari Perak telah dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang gara-gara cubaan merentas negeri di Jalan Kulai-Kota Tinggi, Johor pada Isnin.

 

Pasangan itu  ditahan selepas didapati tidak lengkap vaksin dalam operasi pematuhan yang dilakukan di sekatan jalan raya.

cubaan rentas negeri, suami isteri dikompaun rm10,000 tak lengkap vaksin

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, akibat tidak lengkap vaksin, mereka dikenakan denda RM5,000 setiap seorang dibawah  Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

 

“Pasangan suami isteri itu diberikan kompaun kerana merentas negeri tanpa vaksin yang lengkap.

“Siasatan mendapati mereka dari negeri Perak ke Kulai melalui SJR (Inas) Jalan Kulai-Kota Tinggi untuk melakukan rentas negeri.

“Nilai kompaun dikenakan adalah sebanyak RM5,000 setiap seorang,” katanya.

 

Menurut beliau lagi, orang ramai dinasihatkan untuk patuh kepada SOP yang ditetapkan seperti kebenaran merentas negeri yang diberikan hanya kepada mereka yang lengkap vaksinasi lengkap.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN