Pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar, dilihat telah berjaya mencipta satu kempen yang mana menarik ramai orang mendirikan solat Subuh secara berjemaah di masjid, menerusi tandapagar #GengSubuhMacamJumaat.
Bagaimanapun, disebalik kejayaan itu, ada segelintir pihak yang mengecam tindakannya, termasuk ada yang mempertikai keikhlasan dan niat jemaah yang hadir itu adalah semata-mata mengikut trend.
Menurut Alif, beliau tidak peduli langsung dengan kritikan yang dberi kerana tahu apa yang dibuatnya itu adalah kerana Allah SWT.
"Saya tak peduli langsung sebab saya tahu apa yang dibuat ini untuk ajak ramai-ramai (solat secara berjemaah di masjid). Dua tiga orang ini saya tak kisah.
"Saya rasa bila buat gerakan sebegitu ramai yang ikut. Tak ada kena mengena dengan kepentingan diri, apa yang saya buat ini memang kerana Allah SWT.
"Jom ajak semua orang di sekeliling kita untuk bangun solat Subuh secara berjemaah di masjid berhampiran masing-masing," ujar beliau.
Alif dalam pada itu turut menyeru orang ramai untuk mendirikan solat Subuh secara berjemaah di masjid berhampiran masing-masing.
Terdahulu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang digerakkan oleh Alif telah mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 3,000 jemaah.
Sumber: HMetro