Mana-mana yang dah dapat 2 dos vaksin mesti excited, kan?
Yelaa, kerajaan cakap akan umumkan kelonggaran SOP untuk mereka yang dah lengkap 2 dos vaksin.
Untung laaaaa.
Tapi baru-baru ni ada satu artikel yang ditulis oleh seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Muzaffar Syah Mallow bertajuk “Status Vaksin Tidak Patut Diguna Untuk Diskriminasi Orang Ramai”.
Antara isu yang dibangkitkan adalah mungkin dengan adanya kelonggaran tersebut, diskriminasi boleh terjadi kepada golongan yang tak sesuai untuk terima vaksin atau yang belum dapat janji temu.
Contoh diskriminasi yang mungkin berlaku adalah seseorang itu tidak dibenarkan untuk hadir ke mesyuarat atau seminar, tak boleh masuk ke pusat membeli – belah, restoran, tempat beribadat dan sebagainya.
Tapi, lain pula pendapat Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Mohamad Hazizi Mohamad Hasani.
Beliau merasakan tidak timbul isu diskriminasi jika kelonggaran SOP pergerakan diberikan kepada individu yang melengkapkan 2 dos vaksinasi Covid-19.
Ini kerana semua pihak diberi peluang sama rata untuk mendapatkan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Kerajaan juga katanya berusaha sehabis baik untuk meningkatkan kadar vaksinasi negara termasuklah mewujudkan perkhidmatan vaksinasi bergerak yang pergi ke pusat jagaan, perkampungan Orang Asli dan golongan kurang berkemampuan untuk hadir ke PPV.
Bagi golongan yang tak sesuai untuk terima vaksin seperti pesakit alergik teruk, ibu mengandung yang mempunyai penyakit dan golongan bayi, jangan risau, Dr Hazizi percaya, pengecualian khas akan diberikan kepada mereka.
Korang rasa apa kelonggaran yang diberikan? Berbaloi ke?
Apa-apa pun kita tunggu pengumuman yang akan dibuat kerajaan nanti.