Keluhan dan pandangan masyarakat supaya beberapa aktiviti perniagaan dibuka kembali sepanjang PKP 2.0 dapat perhatian kerajaan.
Mulai hari ni, pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dah buka, guys!
Tapiiii, ini SOP yang korang kena tahu:
Pasar Malam
- Waktu operasi adalah 4 petang hingga 10 malam.
- Jarak antara gerai adalah 1 meter.
- Laluan keluar masuk sehala dan dikawal ketat oleh RELA.
Kedai Gunting Rambut
- Waktu operasi dibenarkan hingga 10 malam.
- Hanya perkhidmatan gunting rambut sahaja dibenarkan.
- Perkhidmatan lain seperti “facial” atau rawatan muka adalah dilarang.
- Petugas mesti pakai pelitup muka, pelindung muka, apron pakai buang dan sarung tangan.
- Alatan mesti dibersihkan dengan air panas setiap kali selesai untuk setiap pelanggan.
Pusat Cuci Kereta
- Waktu operasi dibenarkan hingga 10 malam dengan SOP ketat.
Kebenaran dah diberikan, jadi tugas kita senang je, patuh semua SOP, okay.
Bukan mudah untuk kerajaan seimbangkan antara usaha untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam masa sama nak jaga periuk nasi rakyat.
Jangan sampai ada pulak kluster pasar malam, kedai gunting rambut dengan “carwash”!
Keluar rumah bila betul-betul perlu je, ingat #kitajagakita.
Oleh: Izzati Amir