Nampak Sophia Albarakbah Datang Konsert GV10, Ini Respon Aliff Aziz

Penyanyi yang juga salah seorang peserta rancangan Gegar Vaganza Musim ke-10, Aliff Aziz memberi reaksi berhubung kehadiran aktres jelita, Sophia Albarakbah ke konsert minggu ke-3 GV10, baru-baru ini.

nampak sophia albarakbah datang konsert gv10, ini respon aliff aziz

Menurut suami kepada aktress Bella Astillah ini, sebagai peserta beliau tiada hak untuk menghalang mana-mana individu untuk hadir ke konsert itu tambah pula ia terbuka kepada umum.

 

“Saya nampak dia (Sophia) dan mungkin datang untuk menemani sepupunya, penyanyi Aisha Retno yang membuat persembahan untuk GV Live+.

“Ini konsert terbuka yang boleh dihadiri oleh semua orang. Takkanlah saya nak cakap dia tak boleh datang, orang itu dilarang hadir.

“Mungkin dia hadir untuk berseronok menyaksikan konsert minggu ini. Saya perasan dia datang pun masa saya naik pentas dan nak mula nak menyanyi,” katanya.

 

Ujar pemilik nama sebenar Mohammad Alif Aziz, 32, beliau enggan memberi komen lanjut mengenai kehadiran aktress tersebut kerana bimbang boleh mencetuskan salah faham orang ramai.

nampak sophia albarakbah datang konsert gv10, ini respon aliff aziz

“Untuk saya beri komen apakah perasaan melihat kehadirannya adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan pun.

“Ini kerana sebarang jawapan yang saya beri hanya akan mengundang orang ramai membuat spekulasi mengenai perkara yang tidak sepatutnya,” ujarnya.

 

Menurut Aliff lagi, beliau hanya menjalankan tugas sebagai peserta GV10 untuk memberi persembahan terbaik di atas pentas.

 

“Untuk saya, berada di atas pentas hanyalah menjalankan tanggungjawab sebagai peserta dan menyampaikan lagu tugasan dengan sebaik mungkin.

“Selebihnya, adalah di luar bidang kuasa saya untuk bercakap banyak. Persoalan siapa yang hadir, untuk apa mereka datang, itu bukan sebahagian daripada tugas seorang peserta.

“Saya tiada apa apa komen untuk perkara ini. Saya berada dalam bidang dan industri yang sama dengan dia, pusing-pusing kita akan berjumpa dengan orang yang sama juga,” katanya lagi.

 

Terdahulu, nama Sophia Albarakbah menjadi hangat selepas Bella Astillah mendakwa pelakon itu menjadi orang ketiga yang menggangu rumahtangganya. Bella turut memuatnaik tangkap layar memaparkan aktres itu memohon maaf dan ingin membetulkan keadaan berkaitan dakwaan tersebut.

 

Sumber: HIB Glam