Kelantan Negeri Paling Rendah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Untuk Kanak-Kanak

Negeri Kelantan merupakan antara negeri terendah suntikan vaksin COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun.

kelantan negeri paling rendah terima suntikan vaksin covid-19 untuk kanak-kanak

Demikian dimaklumkan Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin yang menjelaskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa di negeri itu sejak ianya dilancarkan.

.

Sekitar 10.8 peratus suntikan dos pertama direkodkan dalam kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun, manakala 2.5 peratus sahaja bagi suntikan dos kedua dilaporkan di Kelantan setakat ini.

.

"Kita negeri paling rendah untuk vaksinasi kanak kanak 5 hingga 11 tahun di mana peratusan terkini sekitar 10.8 peratus untuk dos pertama manakala 2.5 peratus untuk dos kedua. Jadi angka ini agak rendah berbanding dengan populasi kanak-kanak yang ada di Kelantan," kata beliau.

.

Jelasnya lagi, terdapat trend peningkatan jangkitan dalam golongan itu, meskipun tidak banyak kes kemasukan ke hospital membabitkan kanak-kanak dicatatkan.

.

Malah, pengambilan dos penggalak dalam kalangan warga emas dan masyarakat di Kelantan juga rendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

.

Ekoran itu juga, Jabatan Kesihatan Kelantan turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes COVID-19 pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kelantan susulan jangkaan kepulangan perantauan yang tinggi ke negeri ini.

.

"Seperti jangkaan pihak berkuasa bakal berlaku pertambahan kenderaan dan pertambahan rakyat Kelantan yang bakal pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

"Kebimbangan itu ada kerana pertambahan rakyat Kelantan yang pulang pada penghujung Ramadan nanti.

"Jangkaan kita dua tahun tak balik kali ini berpusu-pusu perantauan akan pulang, kita harapkan mereka kekal patuh prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19, walaupun kes rendah dengan dua angka di Kelantan beberapa minggu ini, namun kita bimbang dengan pertambahan dan pergerakan rakyat.

"Kita dah lakukan persiapan dan hospital serta klinik juga diletakkan dalam keadaan 'standby' bimbang berlaku pertambahan kemasukan ke wad," jelasnya.

.

Rakyat Kelantan diharapkan untuk kekal patuh kepada SOP dan sentiasa memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN