Keindahan Masjid Sendayan Buat Ramai Terpegun

keindahan masjid sendayan buat ramai terpegun

Imej dari Facebook Farhan Che Hassan

Keindahan masjid baru yang terletak di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan mencuri tumpuan ramai selepas Farhan Che Hassan berkongsi gambar-gambar masjid itu di facebooknya.

Mata pasti tertumpu pada reka bentuk luar dan rekaan dalaman dalam masjid yang cantik dan unik ini.

Menerusi laporan Berita Harian, masjid ini dibina dengan kos lebih RM100 juta. Ia merupakan hasil seni arkitek dibawa hampir sepenuhnya dari luar negara seperti Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Masjid ini dikatakan mendapat gelaran Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Uthmaniyah kerana keunikan dan keindahannya reka bentuknya.

Masjid ini mempunyai tiga dewan solat iaitu dewan solat utama yang memuatkan 3,000 jemaah, dewan solat kedua dengan 800 jemaah dan dewan solat wanita boleh memuatkan seramai 800 jemaah.

Masjid yang selesa dan bersih penting untuk mencapat matlamat ibadat yang sempurna.