Influencer popular, yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Leona mohon supaya netizen tidak terus mengaitkan dia dengan bapanya sendiri.
Ia susulan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan Azhar baru-baru ini berkenaan isu melibatkan pelakon remaja sensasi, Puteri Balqis yang mendakwa dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya sendiri.
Menurut Leona, 20, pendapat bapanya tidak semestinya mewakili dirinya. Justeru, dia meminta pihak netizen supaya berhenti mengheret namanya dengan perkara terbabit.
“Saya tahu saya anak dia tapi tolong henti kaitkan apa sahaja yang dibuat dengan saya.
“Kami tidak selalu bercakap tentang isu semasa yang berlaku dan saya sendiri tak tahu kenapa dia buat kenyataan begitu. Pendapat bapa saya tak mencerminkan saya,” ujarnya.
Terdahulu, Azhar menerusi hantaran di Instagram, berkongsi pandangan berkenaan pendedahan berani oleh Puteri Balqis yang mendakwa dirinya adalah antara mangsa amang seksual ahli keluarga sendiri.
Terdahulu, Azhar menerusi media sosialnya berkongsi pandangan berhubung pendedahan mengejut seorang pelakon remaja yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual ahli keluarga sendiri.
Bagaimanapun, hantaran itu dikecam hebat berikutan ramai yang mengatakan Azhar sepatutnya lebih menjaga tepi kain keluarganya sendiri, terutama anaknya Leona yang sering diperkatakan kerana berpakaian seksi, sebelum menegur orang lain.
Sumber: Kosmo