“Duit Ibu Bapa Pun Saya Tak Ambil, Apa Lagi Duit Orang” - Anak Azhar Sulaiman Nafi Dakwaan Rampas Suami Orang

Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, yang juga personaliti media sosial, Kasih Iris Leona menafikan dakwaan menjalinkan hubungan bersama suami orang seperti mana yang didakwa seorang wanita di media sosial baru-baru ini.

“duit ibu bapa pun saya tak ambil, apa lagi duit orang” - anak azhar sulaiman nafi dakwaan rampas suami orang

Kongsi Leona, dirinya sebak apabila mengetahui mengenai tuduhan yang memalukan itu.

“Kali pertama saya melihatnya saya menangis kerana tuduhan itu begitu memalukan. Ia sama sekali tidak benar dan sangat mencemarkan imej saya.

 

“Wanita terbabit mendakwa saya mempunyai hubungan dengan suaminya pada 2014 dan saya berusia 12 tahun ketika itu,” tulisnya.

Tambahnya, dia telah mengambil keputusan untuk menyekat wanita tersebut di media sosial.

Terdahulu, seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Azira Othman meninggalkan komen panjang lebar berunsur fitnah di akaun Instagram milik bapanya.

Menerusi akaun Instagram naosa25121985, wanita itu mendakwa Leona menjalin hubungan dengan suaminya justeru meminta Azhar untuk memulangkan sejumlah wang miliknya yang dikatakan telah dibelanjakan suaminya pada Leona secara bulanan sepanjang perkenalan mereka. Komen itu bagaimanapun telah dipadam.

Azhar turut menghubungi wanita berkenaan menerusi WhatsApp bagi meminta bukti atas segala dakwaan dibuatnya ke atas Leona yang mana wanita itu memaklumkan kepadanya, dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona berikutan suaminya itu pernah membuat ciapan semula (retweet) satu status dimuat naik Leona di Twitter sebelum ini.


Sumber: HMetro