Kapal Terbang Kertas Ciptaan Anak Malaysia Cipta Rekod Dunia!

Ramai antara kita yang mungkin pernah menghasilkan kapal terbang kertas ketika waktu kecil.

kapal terbang kertas ciptaan anak malaysia cipta rekod dunia!

Namun siapa sangka, kapal terbang kertas itu sebenarnya mampu menempatkan nama anda pada rekod dunia dan menjadi kebanggaan ramai.

.

Itu yang dibuat oleh seorang anak Malaysia apabila berjaya mencipta rekod dunia Guiness dalam kategori "Penerbangan paling jauh dengan pesawat kertas".

.

Shim Kim Chee, 24, mencipta kapal terbang kertas yang mampu terbang sejauh 77.134 meter, menewaskan rekod terdahulu oleh rakyat Amerika Syarikat, John Collins dan Joe Ayoob yang merekodkan sejauh 69.14 meter pada 2012.

kapal terbang kertas ciptaan anak malaysia cipta rekod dunia!

“Rasanya sudah lama tertangguh untuk meletakkan Malaysia dalam rekod dunia. Saya mewakili Malaysia dengan sebaik mungkin. Ia pastinya bukan yang terakhir saya,” kata Chee.

.

Beliau juga telah menjangkan akan memecahkan rekod dunia menerusi rekabentuk kapal terbangnya sendiri dan hampir mencipta rekod pada 2012.

kapal terbang kertas ciptaan anak malaysia cipta rekod dunia!

Chee yang juga seorang jurutera rekabentuk bersama syarikat Airbus, bersama rakannya Kim Kyu Tae dan Shin Moo Joon dari Korea Selatan menyahut cabaran ini untuk memecahkan rekod dunia. Mereka akhirnya berjaya mencipta jarak paling jauh bagi kapal terbang kertas ini di Daegu, Gyeongsangbuk-do dekat South Korea pada 16 April lalu.

Terdahulu, Chee yang juga seorang bekas pelajar SMK Taman SEA, Petaling Jaya, mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk proses rekabentuk kapal terbang kertas ini. Banyak faktor yang boleh mempengaruhi penerbangan kapal terbang kertas, antaranya adalah jisim dan lebar sayap.

.

"Semakin berat kertas itu, semakin banyak inersia yang dimiliki, dan lebih baik strukturnya. Semakin kecil sayap, semakin cepat ia terbang. Untuk aplikasi ini, sayap mesti bersaiz optimum supaya ia masih boleh meluncur pada kelajuan tertentu, atau sebaliknya ia akan mencecah tanah," jelas Chee.

.

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN