Kancil Usia 25 Tahun Ini Pernah Travel Sampai Sempadan China, Pemilik Impi Bawa Ke Mekah Pula

Siapa sangka, sebuah kereta jenama Perodua Kancil yang sudah menjangkau usia 25 tahun ini mampu mengembara jauh hingga sampai ke sempadan China?

kancil usia 25 tahun ini pernah travel sampai sempadan china, pemilik impi bawa ke mekah pula

Kereta milik Azman Ali, 49, ini cukup mengagumkan kerana ia mampu mencipta memori buat pemiliknya dan membuktikan juga kereta jenama tempatan bukan calang-calang.

 

Menurut Azman, beliau dan isterinya sebelum ini kerap mengembara ke beberapa negara Asia Tenggara khususnya Thailand dengan menunggang motosikal. Namun mereka mengubah mod pengangkutan kepada kereta selepas membeli Kancil terpakai pada harga hanya RM1,500.

kancil usia 25 tahun ini pernah travel sampai sempadan china, pemilik impi bawa ke mekah pula

Ujar Azman, kereta itu pada asalnya dibeli untuk anak lelakinya selepas memiliki lesen memandu, namun ia tersadai sahaja di rumah apabila anaknya itu melanjutkan pelajaran ke universiti.

 

Dari situ, timbul idea untuk mengembara dengan menggunakan kereta ini dan mereka sempat ke sempadan China pada jarak 6,000 kilometer, sebelum dunia dilanda wabak COVID-19.

kancil usia 25 tahun ini pernah travel sampai sempadan china, pemilik impi bawa ke mekah pula

Selepas sempadan negara kembali dibuka, Azman sekali lagi mengembara ke Thailand menggunakan Kancilnya ini, membabitkan perjalanan sejauh 7,700 kilometer dalam masa 20 hari.

 

Ketahanan kereta Kancil ini wajar dipuji, selain pemiliknya ini juga sering melakukan pemeriksaan asas termasuk penjagaan enjin supaya pengembaraannya berjalan lancar.

kancil usia 25 tahun ini pernah travel sampai sempadan china, pemilik impi bawa ke mekah pula

Tambah Azman lagi, ada kenalan yang menganggap pengembaraan menggunakan Kancil lama ini adalah satu kerja gila, namun beliau tidak mengendahkan kerana ia adalah satu hobi buatnya.

 

"Malah orang tempatan tempat kami singgah di Thailand juga terkejut dengan tindakan saya yang berani memandu kereta lama untuk mengembara hingga mereka minta bergambar.

"Saya kini memasang impian untuk bawa kereta ini pergi ke Tanah Suci Makkah dan saya sedang mengumpul wang bagi melaksanakannya," katanya.

 

Sumber: Facebook Azman Ali / HMetro