Kanak-kanak Malaysia Berusia Sembilan Tahun Menang Hadiah Pertama Pertandingan NASA

kanak-kanak malaysia beusia sembilan tahun menang hadiah pertama pertandingan nasa

Seorang lagi rakyat Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada pihak NASA kerana inovasi yang dihasilkan. Tapi kali ini kanak-kanak berusia sembilan tahun, ZYson Kang Zy Shun telah mendapat tempat pertama untuk ciptaannya.

Beliau telah mencipta satu peranti untuk memudahkan angkasawan membuang air kecil tanpa perlu membuka baju mereka. Hanya perlu menggerakkan kaki dan terdapat tube yang akan menghubungkan cecair tersebut ke dalam bekas buangan yang juga terdapat di dalam suit itu.

kanak-kanak malaysia beusia sembilan tahun menang hadiah pertama pertandingan nasa

Apa yang lebih menarik lagi cara ini sangatlah mudah dan tidak menggunakan elektrik langsung.

“Terdapat pam picagari yang melekat pada boot angkasawan dan bekas vacuum pula melekat pada poket seluar angkasawan. Ia tidak memerlukan kuasa elektrik untuk beroperasi. Ia hanya memerlukan kuasa mekanik kinetic.” Kata Kang dalam satu webinar yang dianjurkan oleh pihak NASA.

Menurut Kang lagi, inovasinya itu merupakan versi penambah baikan kepada baju angkasawan yang dipakai ketika misi Apollo ke bulan pada tahun 1969.

Weh, bijaknya!

Sumber: Malay Mail