Kanak-Kanak Dari Empat Negeri Ini Catat Masalah Bantut Paling Tinggi Di Malaysia

Kadar tumbesaran tidak normal merupakan isu kesihatan yang terjadi dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun dan kebawah.

kanak-kanak dari empat negeri ini catat masalah bantut paling tinggi di malaysia

Ia bukan sahaja menyebabkan kekurangan dari segi tumbesaran atau ketinggian, malah memberi impak kepada perkembangan psikomotor, psikologi, sosial, darjah kecerdasan otak (IQ) dan darjah kecerdasan emosi (EQ) seseorang.

.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata masalah bantut dalam kalangan rakyat Malaysia berlaku kepada hampir semua negeri dengan peratusan tertinggi dicatatkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya.

.

Secara keseluruhannya, masalah bantut di Malaysia pada 2019 adalah sebanyak 21.8 peratus.

.

Tambah beliau, situasi COVID-19 yang berlarutan serta kesan ekonomi kepada rakyat dijangka meningkatkan trend masalah pemakanan dalam kalangan kanak-kanak terutamanya dari keluarga berpendapatan rendah.

.

Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu Pelan Strategik Kebangsaan Menangani Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kanak-Kanak Malaysia bagi tahun 2022 hingga 2030 telah diluluskan, melibatkan juga kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN