Pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel meminta agar orang ramai berhenti membuat spekulasi sendiri mengenai kemelut rumah tangga Fazura dan Fattah Amin.
Menurut Wawa, orang ramai perlu berhenti membuat andaian sendiri dan menyebarkan pandangan yang tidak benar mengenai Fattah berlaku curang terhadap Fazura.
“Mana ada (dakwaan Fattah curang), kamu janganlah sebarkan fitnah itu.
“Bini (isteri) dia sendiri pun tak ada cakap dia curang. Kamu orang saja yang buat spekulasi sendiri,” katanya.
Dalam pada itu Aeril juga bersetuju dengan pendapat insterinya.
Menurut Aeril, mesti ada sebab tersendiri mengapa Fazura mengambil tindakan seperti itu dan orang luar tidak perlu melemparkan tuduhan melulu dengan mendakwa isu curang adalah punca utama Fazura memfailkan perceraian terhadap Fattah.
“Kita pun tak tahu (punca).
“Bukan sebab curang, mungkin sebab tiada kesefahaman. Tidak semestinya orang itu mahu berpisah sebab curang semata-mata,” ujarnya.
Sumber: Kosmo