Pelakon Aedy Ashraf akui hubungannya bersama bekas kekasih Amelia Henderson kini hanyalah sekadar kawan.
“Kami hanya berkawan,” katanya.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu memperbesarkan lagi mengenai status hubungan mereka.
“Saya rasa status itu sangat jelas sekarang ini. Kami tetap berkawan baik dan hubungan itu hanya di situ saja.
“Pada saya kami masing-masing sudah menjelaskan tentang situasi itu dan pada saya biarkan (hubungan) begitu,” katanya.
Dalam pada itu, Aedy juga turut mengharapkan yang terbaik buat Amelia dan sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.
Sumber: Kosmo