“Sangat Kurang Ajar, Kami Dah Cuba Buat Macam-Macam Untuk Dapatkan Anak” - Janna Nick

Pelakon Janna Nick akui terkesan sambil menangis teresak-esak dengan komen netizen yang mempersoalkan mengenai anak dan menuduh suaminya, Dini  Azad Schatzman terlebih hormon wanita.

 

“Biasanya saya tak kisah sangat bila orang selalu komen bila nak ada anak. Tetapi komen yang satu ini membuatkan saya sangat terasa. Dini ni mesti hormon perempuan banyak, sebab tu susah nak dapat anak.

 

“Sangat kurang ajar! Kami telah lakukan macam-macam cara untuk dapatkan anak. Saya sendiri bertanya pada Allah bila nak beri saya anak. Bila orang tanya saya, saya tak tahu nak jawab apa,” katanya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

 

 

Dalam pada itu, Janna juga berkongsi yang setahun lalu dia sudah menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) namun usahanya gagal.

 

“Sewaktu saya buat IVF, saya hanya mampu hasilkan lima telur sahaja. Untuk umur seperti saya, bilangan itu sangat teruk.

 

“Disebabkan itu saya ubah cara hidup saya, cara kerja saya, cara pemakanan saya. Saya ambil macam-macam ubat, ambil pil hormon sampai badan saya jadi gemuk muka saya naik jerawat. Saya tak pernah ada jerawat sebelum ini.

 

“Apa sahaja yang saya tak buat? Orang cakap minta ibu mengandung pijak ibu kaki. Saya minta Nabila Razali (penyanyi) pijak ibu kaki saya. Saya terlampau terdesak mahukan anak,” katanya sambil menangis.

 

Sumber: Kosmo