“Satu Dah Cukup, Kenapa Nak Pasang Dua, Tiga, Empat?” - Kamal Adli

Pelakon, Kamal Adli menegaskan bahawa isterinya, Uqasha Senrose sudah lebih daripada mencukupi buat dirinya sebagai pasangan hidup.

“satu dah cukup, kenapa nak pasang dua, tiga, empat?” - kamal adli

Menurut nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Ali, beliau tidak memerlukan kasih sayang wanita lain, memandangkan isterinya itu sudah cukup membahagiakannya.

 

“Satu sudah cukup, kenapa mahu pasang dua, tiga dan empat? Satu ini pun dah membahagiakan. Cukup satu ini untuk dihargai, dicintai, disayangi, digaduhi dan dimanjai.

“Nak berlawan pantun pun dekat seorang saja, tak payah ada dua atau tiga. Insya-Allah,” kata Kamal.

 

Dalam pada itu, Uqasha tidak memberi sebarang komen mengenai perkara itu kerana bimbang kalau-kalau diuji Tuhan suatu hari nanti.

“satu dah cukup, kenapa nak pasang dua, tiga, empat?” - kamal adli

“Tidak mengapalah, itu kehidupan orang, biarlah mereka. Kita diam sahaja, jangan cakap besar. Takut tiba-tiba Allah uji, bimbang semua itu berbalik pada kita,” tegas aktres tersebut.

 

Kamal kemudian menjelaskan bahawa dia sekadar menjawab pertanyaan netizen mengenai isu seorang influencer di Tiktok yang berkahwin dua baru-baru ini.

 

“Sebenarnya saya tak tahu langsung kes pempengaruh itu. Muka dia dan isterinya pun saya tidak tahu, tetapi saya jawab soalan awak semua (netizen) ikut pandangan saya, tidak lebih dari itu,” tuturnya.

 

@murahrezekiqayla Kamal Adli & Uqasha "saya takde tesla, ada kancil, rusa je" #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fypdongggggggg #kamaladli #kamaladli❤️uqashasenrose #kamaladliuqashasenrose #uqashasenrose #uqashasenrose92 ♬ original sound - fashasandha

 

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumahtangga pada 5 November 2021.

 

Sumber: Kosmo!