‘‘Kalau Beri Teguran, Jangan Pilih Kasih,’’ – Baby Shima

Penyanyi, Baby Shima sering menjadi tumpuan hingga menimbulkan pelbagai kontroversi dalam industri seni tanah air.

‘‘kalau beri teguran, jangan pilih kasih,’’ – baby shima

Beliau juga sering dicemuh dan dilempar dengan pelbagai komen pedas termasuklah yang negatif, membuatkannya sedar akan sesuatu.

 

Pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini berkata, sebagai individu yang sering mendapat teguran, baginya lebih baik jika komen atau teguran itu dibuat secara menyeluruh.

 

"Saya macam terperasan, apabila ada cerita membabitkan saya cepat sangat yang muncul menegur dengan pelbagai hujah dikeluarkan. Tapi, apabila isu membabitkan pihak yang rapat dan saling mereka kenali, diam pula tak bersuara langsung.

"Saya tetap okey saja menerima teguran termasuk pelbagai komen-komen negatif sehingga ada yang labelkan saya ahli neraka, pembawa malang dan sebagainya. Tapi, jangan pilih kasih. Kalau tegur biar menyeluruh dan tidak tertumpu pada seseorang itu saja," katanya.

‘‘kalau beri teguran, jangan pilih kasih,’’ – baby shima

Terdahulu, Baby Shima telah memuatnaik video memaparkan komen netizen yang mempersoalkan tindakannya memadam komen yang ditinggalkan disebabkan ‘koyak’ dengan teguran itu.

 

'Ayoooo tak tau...Pemegang kunci pintu syurga dan neraka dah komen', tulis Baby Shima pada kapsyen.

 

 

Baginya, tindakannya memadam komen itu adalah kerana komen itu tidak perlu berada pada ruangan tersebut.

 

Sumber: HMetro