Kalau Perlu Pakai Mask Pakai!

kalau perlu pakai mask pakai!

Imej: Freepik

Berita baik yang ramai dah tau. Ya pemakaian pelitup muka dalam premis tertutup dah tak diwajibkan tapi kalau pemilik premis nak wajibkan pemakaiannya dipersilakan... Ha tu yang Kementerian Kesihatan umumkan semalam. Lagi satu, orang ramai masih wajib tau pakai kat fasiliti kesihatan, jugak time guna pengangkutan awam. Ingat, kelonggaran ni boleh ditarik balik kalau kes COVID-19 meningkat semula.

Reaksi tu dah tentu macam-macam tapi apa yang KJ tengok ramai yang sambut baik. Mungkin ada yang lega, mungkin ada risau lagi tapi keputusan ni bukanlah secepat mi segera. Bak kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, benda ni memang dah lama bincang dan buat penilaian jadi sekaranglah masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Jom tengok komen pihak berkepentingan yang lain pulak. Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) nampaknya senada. Teruskan pakai pelitup muka mengikut keperluan. Ha tu nasihatnya. Datuk Dr Zainal Ariffin berkata, rakyat kena ingat, komplikasi dari penyakit tu masih ada dan boleh menjangkiti mana-mana orang dalam komuniti. Sebab tu, hampir setiap hari ada kes kematian melibatkan pesakit COVID-19. Macam semalam, Malaysia mencatatkan 2,428 kes COVID-19 manakala 7 pesakit meninggal dunia. 

Menurut MMA pula, orang ramai wajar terus pakai pelitup muka walaupun peraturannya sudah dilonggarkan sebab mampu halang penularan penyakit yang boleh tersebar menerusi udara, selain COVID-19. Jelas MMA, Malaysia sekarang ni berdepan jumlah jangkitan tinggi kes influenza. OK dah nampak kan kewajarannya? Kesimpulannya pakailah kalau kita memang perlu, demi untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Sayang diri dan prihatin kat orang lain tu memang sejenis perasaan yang unggul dan terpuji 😄 

 

Oleh: KJ 

Sumber: AWANI, Sinar Harian, Berita Harian, Kosmo & internet 

ARTIKEL BERKAITAN