Jika Meerqeen Bukan Pelakon, Dia Mungkin Kini Ejen Insurans

Pelakon, Meerqeen memberitahu jika kini dia bukan seorang pelakon, besar kemungkinan beliau sekarang ini akan bekerja sebagai ejen insurans.

jika meerqeen bukan pelakon, dia mungkin kini ejen insurans

Menurut pemilik nama sebenar Muammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu lagi, ia tidak mustahil kerana dia pernah melanjutkan pengajian berkaitan dengan insurans sebelum ini.

 

“Jika tidak menjadi pelakon, mungkin saya seorang ejen insurans kerana sebelum ini saya belajar jurusan tersebut.

“Pada awalnya ayah juga pernah tidak setuju saya sertai industri seni tetapi kini dia menjadi penyokong utama saya,” katanya.

 

Bekas finalis Hero Remaja 2020 itu juga berkata beliau pernah mempunyai impian untuk dikenali ramai suatu hari nanti.

jika meerqeen bukan pelakon, dia mungkin kini ejen insurans

“Saya ada impian untuk orang lihat saya pada masa depan.

“Malah, saya juga pernah bayangkan hal itu dan menetapkannya sebagai salah satu sasaran dalam hidup.

“Namun, saya tak sangka semuanya datang secepat ini,” katanya lagi.

 

Terdahulu, Meerqeen telah terpilih sebagai salah seorang daripada 15 peserta Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan Aniq Suhair dan berjaya memenangi tempat ketiga. Penyertaan Meerqeen dalam Hero Remaja pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarganya, namun selepas tamat pertandingan itu, beliau menerima banyak tawaran pekerjaan termasuk bidang lakonan.

 

Sumber: Kosmo! Online