Bayangkan Kalau Filem Disney Ini Dibuat Dalam Versi Malaysia?

Pernahkah anda terfikir apa agaknya yang akan terjadi kepada jalan cerita dan watak dalam filem Disney jika ia dihasilkan berdasarkan suasana dan mood di Malaysia?

 

Tambah pula dengan Disney+ Hotstar yang akan tiba di Malaysia bersama Astro mulai 1 Jun ini, cuba fikirkan segala kemungkinan ini, mana tahu satu hari nanti ia akan menjadi realiti?

 

Beku (Frozen)

bayangkan kalau filem disney ini dibuat dalam versi malaysia?

Mengisahkan tentang saudari penjual makanan sejuk beku yang sangat terkenal dan kaya iaitu Esah dan Ani. Ani mengendalikan pengeluaran dan penjualan, sementara Esah mengendalikan logistik dan penghantaran, termasuklah menjual peti sejuk beku. Pada suatu hari, ketika mereka melakukan pelancaran untuk produk baru mereka, iaitu daging rusa, Esah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang bernama Hamdan. Namun entah macam mana, Esah terperangkap di dalam peti sejuk beku. Ikuti perjalanan Ani mencari cinta sejatinya sementara Esah mencari jalan untuk melepaskan diri dari peti sejuk baru yang mereka berdua beli untuk syarikat itu mereka.

 

Milah (Mulan)

bayangkan kalau filem disney ini dibuat dalam versi malaysia?

Milah, atau nama sebenarnya, Nor Milah Fatimah Binti Farid, adalah anak yang luar biasa. Mesra, baik, hormat kepada orang tua. Apa lagi anda mahu? Memang lengkap pakejnya. Tetapi yang tidak diketahui ramai adalah Milah mempunyai satu rahsia besar. Bersama cicak perliharaannya bernama Woo Shooh, Milah sebenarnya merancang untuk melarikan diri dari kampung kerana dia ingin menjadi artis K-pop. Di mata keluarganya, ini adalah satu penghinaan kepada keluarga mereka. Apakah Milah akan benar-benar melarikan diri demi mencapai cita-citanya? Apakah Milah dapat melakukan tarian Kill This Love dalam uji bakatnya itu nanti?

 

Patung Jadian (Toy Story)

bayangkan kalau filem disney ini dibuat dalam versi malaysia?

Andi, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, tidak mempunyai ramai kawan di sekolah. Bagi mengisi kesunyian itu, ibunya memutuskan untuk membelikannya beberapa mainan dan anak patung. Andi sangat sayangkan semua mainan dan anak patungnya. Tetapi, mainan-mainan Andi ini selalu berada di tempat yang berbeza daripada kali terakhir dia ingat meletakkannya. Antara mainan milik Andi adalah patung aksi Cicak-man, dan boneka Upin dari Upin & Ipin. Pada mulanya Andi tidak memikirkannya, sehinggalah suatu malam dia terbangun disebabkan bunyi kuat pada pintu, dan mendapati tubuhnya terikat. Adakah ini pengakhiran buat Andi? Bagaimana dengan koleksi mainannya?

 

Helang & Askar Jerebu (The Falcon & Winter Soldier)

bayangkan kalau filem disney ini dibuat dalam versi malaysia?

Kisah ini adalah mengenai seorang tentera yang ditempatkan di tengah hutan di Pahang. Apa yang membingungkan pahlawan muda ini ialah kawasan yang dilaluinya, walaupun ditutup dengan pokok, ia juga diliputi jerebu (sebab Malaysia kan takde salji). Apa yang membuatkannya bingung adalah dia akan kembali ke tempat asal setiap kali cuba untuk keluar dari kawasan. Dia seolah-olah berada dalam satu portal aneh. Tiba-tiba, dia melihat seekor helang (Encik Helang) menatap matanya dan memasuki jiwanya. Seolah-olah Encik Helang adalah penjaga tempat itu dan satu-satunya penjaga jalan keluar. Adakah askar ini akan terperangkap di jerebu selamanya? Atau, adakah Encik Helang adalah musuh atau cuba membantunya keluar dari kawasan tersebut?

 

Jelas dari kisah-kisah diatas ini, walaupun layak untuk Oscar, ia tidak akan ditayangkan di platform Disney+ Hotstar. Tetapi anda tahu kan, bermula dari 1 Jun 2021, anda akan mendapat akses kepada 800 filem tambahan dan 18,000 episod kegemaran Disney, blockbusters Star Wars, animasi Pixar yang, filem mengasyikkan dari Marvel dan dokumentari inspirasi dari National Geographic dan juga filem hits dari Malaysia. Berhibur bersama keluarga dengan Disney+ Originals seperti The Mandalorian, WandaVision, The Falcon & The Winter Soldier, dan banyak lagi!

 

Untuk menikmati rancangan ini, pelanggan perlu mendaftarkan ID Astro mereka dalam 3 langkah mudah di bawah:

bayangkan kalau filem disney ini dibuat dalam versi malaysia?

bayangkan kalau filem disney ini dibuat dalam versi malaysia?

Tunggu apa lagi, jom langgan Astro Movies Pack sekarang! Check out info lanjut mengenai tawaran ini di www.astro.com.my/Disney , dan daftarkan Astro ID anda terlebih dahulu di https://astro.com.my/AstroID