Kebenaran Rentas Negeri Untuk Mereka Lengkap Dos Vaksin COVID-19 Sedang Dikaji

Kerajaan Malaysia kini sedang memperhalusi beberapa kelonggaran termasuklah membenarkan urusan rentas negeri kepada mereka yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

kebenaran rentas negeri untuk mereka lengkap dos vaksin covid-19 sedang dikaji

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin semalam.

 

Bagaimanapun perkara itu akan dimuktamadkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh jawatankuasa kumpulan kerja teknikal yang dianggotai oleh kumpulan pakar.

 

Data-data yang digunapakai oleh negara-negara lain yang kini membenarkan kelonggaran kepada rakyat mereka juga akan diteliti, ujarnya dalam satu kenyataan.

 

Tambahnya lagi, negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom membolot pembelian vaksin COVID-19, menyebabkan negara lain termasuk Malaysia bersaing bagi menerima sekurangnya dos pertama vaksin COVID-19.

 

"Apabila perbandingan dibuat dengan negara Jepun yang jauh lebih maju. Mereka masih lagi ketinggalan berbanding AS, UK dan Kanada. Kenapa? UK beli vaksin lima kali ganda penduduk mereka, Kanada juga sama.

"Memandangkan syarikat-syarikat pengeluar vaksin adalah daripada UK dan AS, mereka mendapat akses yang mudah. Sekarang barulah mereka menawarkan bantuan melalui sumbangan. Kita akan terima sumbangan dari AS, Jepun dan China dalam masa terdekat," ujarnya.

 

Sumber: Astro AWANI

ARTIKEL BERKAITAN