Boleh Melancong Kembali, Kadar Tempahan Hotel Semakin Meningkat

Permintaan yang berterusan untuk perjalanan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyebabkan peningkatan dalam kadar penginapan hotel tempatan semasa cuti baru-baru ini, menurut sebuah syarikat rangkaian hospitaliti.

boleh melancong kembali, kadar tempahan hotel semakin meningkat

Oyo Malaysia melaporkan bahawa kadar penghunian di seluruh cawangannya serata negara meningkat sebanyak 22 peratus secara purata semasa Hari Cuti Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri.

Negeri-negeri Pantai Timur di semenanjung menyaksikan lonjakan terbesar, dengan kadar penghunian meningkat sebanyak 40 peratus.

Sementara itu, lima lokasi paling popular pada musim perayaan baru-baru ini ialah Batu Ferringhi (Pulau Pinang), Kuala Selangor (Selangor), Tumpat (Kelantan), Kuala Nerang (Kedah) dan Masjid Tanah (Melaka).

“Peningkatan penghunian sebahagian besarnya disebabkan oleh permintaan yang terpendam, hasil daripada dasar tinggal di rumah yang berjaya dilaksanakan untuk membendung penularan virus korona,” kata ketua Oyo Hotels negara (Malaysia dan Singapura), Tan Ming Luk.

Dalam satu kenyataan, Tan menambah bahawa para pelancong mengambil kesempatan daripada cuti sekolah selama seminggu baru-baru ini untuk melawat destinasi pelancongan popular.

“Lebih 80 peratus tetamu kami adalah pengembara domestik, yang mana sebahagian besarnya sama ada rakyat Malaysia yang pulang berhari raya atau mengunjungi destinasi pelancongan popular di seluruh negara. Lokasi popular termasuk Kota Baru, Besut, Temerloh, Jeli dan Kuala Terengganu.

“Utara (Perak hingga Perlis) di tempat kedua, dengan penghunian meningkat sebanyak 35 peratus adalah wilayah ketiga berprestasi terbaik dengan penghunian meningkat sebanyak 34 peratus. 

“Muar, Tangkak, Batu Pahat, Pulai dan Melaka merupakan antara kawasan yang mempunyai konsentrasi tinggi.

“Sementara itu, peningkatan penghunian Sabah adalah sedikit tetapi penghunian Sarawak meningkat sebanyak 30 peratus,” katanya.

 

Sumber: [1]